Selamat Datang Ke MyK22Fish

Blog ini dibangunkan hanya bertujuan melapurkan hasil projek ikan ketutu dalam tangki fiber yang baru saya usahakan, untuk permulaan ini saya hanya mengunakan tangki fiber berukuran 2x5 dan jumlah anak ikan ketutu yang akan saya masukkan sebanyak 40 ekor. sekiranya dalam masa sebulan ini peratus kematian anak ikan ini rendah saya bercadang nak bina sebanyak 32 tangki lagi, yang setiap satunya berukuran 4x8 dan mampu mengisi 250 ekor ikan ketutu dalam satu masa.

Saya harap dengan adanya blog ini sekurang2nya saya dapat mencurahkan sedikit sebanyak maklumat kepada mereka yang ingin berjinak dalam penternakkan ikan ketutu ini.

myk22fish@gmail.com 017-5888550

PENYEDIAAN TANGKI TERNAKKAN IKAN KETUTU


Untuk permulaan ini, tangki yang saya guna untuk ternak ikan ketutu ini adalah bersaiz 2x5. Sebelum tangki fiber ini boleh digunakan untuk penternakkan ikan ketutu ini, kita mesti siapkan sistem pembersihan air pada tangki ini setelah itu sistem tangki yang siap harus dibersihkan.

Anggaran kasar untuk siapkan tangki fiber serta sistem pembersihan air ialah RM800 (semua kerja2 pemasangan ini dilakukan sendiri, dan jumlah ini tidak termasuk anak ikan).