Selamat Datang Ke MyK22Fish

Blog ini dibangunkan hanya bertujuan melapurkan hasil projek ikan ketutu dalam tangki fiber yang baru saya usahakan, untuk permulaan ini saya hanya mengunakan tangki fiber berukuran 2x5 dan jumlah anak ikan ketutu yang akan saya masukkan sebanyak 40 ekor. sekiranya dalam masa sebulan ini peratus kematian anak ikan ini rendah saya bercadang nak bina sebanyak 32 tangki lagi, yang setiap satunya berukuran 4x8 dan mampu mengisi 250 ekor ikan ketutu dalam satu masa.

Saya harap dengan adanya blog ini sekurang2nya saya dapat mencurahkan sedikit sebanyak maklumat kepada mereka yang ingin berjinak dalam penternakkan ikan ketutu ini.

myk22fish@gmail.com 017-5888550

HABITAT IKAN KETUTU

  • Ikan ketutu bersifat pendiam,kurang bergerak,tidak aktif dan seperti mematikan diri.
  • Ikan ini aktif pada waktu malam atau pada keadaan yg gelap,samar-samar ataupun kurang cahaya. Pada keadaan ini,Ikan Ketutu lebih mudah untuk memperolehi makanan.
  • Suka mendiami dibawah kayu- kayu atau daun-daun didalam air
  • Ianya lebih sesuai pada kadar suhu yang lebih rendah berbanding dengan spesis ikan lain,contohnya ;

Spesis Ikan

Suhu (Darjah Celcius)

Tilapia

28 - 32

Ketutu

22 - 28

Lampan Jawa

28 - 32



  • Ikan ketutu biasanya berada pada bahagian dasar dimana kawasan yang didudukinya,ianya mampu berada pada paras ke dalam kira-kira 10 meter dari permukaan air.

SIFAT MARFOLOG


  • Ikan ketutu mampu membesar sepanjang 65 cm dengan kadar berat badannya kira-kira 6-7 kilogram.
  • Badan ikan ini berwarna coklat tua kehitam-hitaman dan berbelak- belak,seperti ikan kerapu laut.Selain itu juga,keistimewaan ikan ini mampu bertukar warna kulitnya seperti warna kuning dan kelabu mengikut persekitaran yang didiaminya.
  • Isi ikan ini berwarna putih seperti ikan kod,berkeping-keping,lembut,tidak mempunyai banyak tulang dan mempunyai kadar protein yang tinggi.