Selamat Datang Ke MyK22Fish

Blog ini dibangunkan hanya bertujuan melapurkan hasil projek ikan ketutu dalam tangki fiber yang baru saya usahakan, untuk permulaan ini saya hanya mengunakan tangki fiber berukuran 2x5 dan jumlah anak ikan ketutu yang akan saya masukkan sebanyak 40 ekor. sekiranya dalam masa sebulan ini peratus kematian anak ikan ini rendah saya bercadang nak bina sebanyak 32 tangki lagi, yang setiap satunya berukuran 4x8 dan mampu mengisi 250 ekor ikan ketutu dalam satu masa.

Saya harap dengan adanya blog ini sekurang2nya saya dapat mencurahkan sedikit sebanyak maklumat kepada mereka yang ingin berjinak dalam penternakkan ikan ketutu ini.

myk22fish@gmail.com 017-5888550

PENDAHULUAN

  • Ikan ketutu ( Marble Goby Fish ) ini dikenali dengan pelbagai nama diantaranya Ikan Ubi,Ikan Hantu, Haruan Bodoh dan sebagainya.Bagi mereka yang berbangsa cina ikan ini dikenali dengan nama ‘ Soon Hook ’
  • Nama saintifiknya ialah ‘ OXYLEOTRIS MARMORATUS ’.
  • Ikan ini berasal dari Asia Tenggara di mana sesuai pada iklim khatulistiwa. Ianya banyak terdapat di negara seperti Malaysia,Thailand,Vietnam, Indonesia, Selatan, Filipina, Singapura dan sebagainya.
  • Ikan ini tergolong didalam spesis ikan pemangsa.
  • Ianya banyak terdapat di sungai-sungai,tasik.lombong,parit-parit dan sebagainya.