Pengurusan pemakanan terbahagi kepada 2 bahagian:
- Jenis-jenis pemakanan
- Kaedah pemberian makanan.
JENIS-JENIS PEMAKANAN
Terdapat 2 jenis pemakanan yang sesuai untuk ikan ketutu.
- Pemakanan sejuk beku
- Pemakanan hidup
- Merupakan makanan asal asasi seperti plankton yang terdiri dari fitoplankton dan zooplankton.
- Makanan ini penting bagi benih ikan di peringkat asuhan.
- Dihasilkan melalui ternakan makanan hidup.
- Antara makanan hidup yang mudah dihasilkan adalah seperti berikut :
- Moina.
- Rotifer
- Cladocera.
- Daphnia.
- Chorella
- Infusoria
- pelbagai jenis cacing
Makanan Tambahan
Terdiri dari bahan-bahan dari alam semulajadi dan sisa pertanian seperti :
- Daun tumbuhan seperti daun ubi, kangkong, rumput dan daun pisang.
- Sisa sayuran.
- Dedak padi,gandum dan barli.
- Ikan baja
- Hampas kacang soya
- Hampas kacang tanah
- Merupakan makanan yang lengkap dan seimbang.
- Terdiri dari campuran karbohidrat, protein, lemak, mineral dan vitamin.
- Sumber bahan adalah seperti berikut :
-Fish meal
-Hampas kacang soya
-Hampas kacang tanah.
-Serbuk bulu ( dihasilkan dari bulu ayam )
Sumber karbohidrat.
-Dedak padi
-Dedak gandum
-Dedak barli
Sumber lipid
-minyak ikan
- Makanan rumusan biasanya dalam bentuk basah & kering.
- Makanan rumusan kering dipanggil palet.
- Palet digemari oleh penternak kerana ia mudah didapati di pasaran dan senang disimpan.
- Pelet tenggelam sesuai untuk udang galah dan ikan yang makan didasar seperti ikan temoleh.
- Pelet timbul lebih digemari oleh penternak kerana mereka boleh beri sedikit demi sedikit sehingga ikan tidak mahu makan lagi.
- Mudah mengaggarkan makanan yang diperlukan.
- Dapat menggelakkan pembaziran makanan.
1. Pelet Starter.
-Merupakan makanan permulaan.
-Diberi kepada benih yang baru dilepaskan ke dalam kolam.
-Berumur 1-2 bulan.
-Mengandungi protein melebihi 32%.
-Bersaiz kecil – kurang dari 1mm.
2. Pelet grower
-Makanan untuk tumbesaran.
-Mengandungi protein melebihi 20%
-Lebih besar dari pelet starter.
-Ikan berumur 1- 2 bulan hingga 4-5 bulan.
3. Pelet finisher
-Makanan penamat.
-Mengandungi protein antara 18 – 20 %
-Saiznya lebih besar dari pelet grower.
-Diberi kepada ikan yang berumur 4 – 5 bulan sehingga mencapai saiz pasaran.
Kadar pemberian makanan.
- Bermaksud jumlah makanan yang perlu diberi kepada ikan berdasarkan berat makanan dan umur ikan bagi setiap hari sepanjang tempoh ternakan.
- Kadar pemberian makanan yang disyorkan adalah seperti berikut:-
Umur ikan ( Bulan ) | % / berat badan ikan (%) |
1 | 10 |
2 | 7 |
3 | 5 |
4 | 3 |
5 | 2 |
6 | 2 |
Kadar penukaran makanan ( Food Conversion rate )
- Bermaksud keupayaan sesuatu jenis ikan menukar beberapa kilogram makanan kepada 1 kg berat badan. FCR - 1 : 3
- Nisbah di atas bermaksud 3 kg makanan diperlukan untuk menghasilkan 1 kg ikan.
- Kerja-kerja pensampelan perlu dilakukan oleh ikan ternakan bagi satu jangka masa ternakan.
- Kekerapan persampelan adalah 1x setiap 2 minggu.
- Jika ternak selama 6 bulan ,pensampelan perlu dilakukan sebanyak 11 kali.
- Tangkap ikan dengan jala secara rawak antara 50 – 100 ekor.
- Timbang berat & panjang setiap ikan serta rekodkan.
- Kirakan purata berat dan panjang ikan – rekodkan.
- Anggarkan bilangan ikan yang masih terdapat dalam kolam.
- Darabkan jumlah berat ikan dengan peratus makanan yang perlu diberi kpd ikan.
Contoh :
Berat purata ikan - 50 gram
Jumlah ikan - 5000 ekor
Kadar pemberian makanan - 10% di B.B
Jumlah berat ikan - 50 kg x 5,000 ekor = 500,000 gram @ 500.0 kg
Jumlah makanan yang diperlukan = 500 kg x 10% = 50 kg
- Ini bermakna makanan yang perlu diberi kpd ikan di dlm kolam berkenaan ialah sebanyak 25.0 kg setiap hari selama 14 hari berikutnya.
- Ulangi proses pensampelan ini sehingga ke 14 hari terakhir sebelum kutipan hasil dimulakan.
Pemakanan Sejuk Beku
- Pemakanan sejuk beku diperolehi dari isi-isi ikan yang dipotong mengikut saiz yang sesuai.
- Para penternak boleh mendapatkan pemakanan dari jenis ini dari pemborong-pemborong ikan,pasar-pasar besar dan sebagainya dengan kadar harga yang berpatutan.
- Terdapat pelbagai jenis ikan yang sesuai untuk pemakanan sejuk beku antaranya ikan bilis basah,ikan selar kuning,ikan kembung dan sebagainya.
- Isi-isi ikan ini mengandungi kadar protein yang tinggi dan sesuai untuk tumbesaran ikan ketutu.
Pemakanan hidup
- Pemakanan hidup merupakan pemakanan yang sangat sesuai untuk penternakan ikan ketutu secara tangki sintetik.
- Pemakanan dari jenis ini juga,merupakan makanan asasi bagi ikanketutu dan sesuai dengan sifatnya sebagai ikan pemangsa.
- Penternak boleh mendapatkan bekalan ikan hidup dengan membeli dari pemborong anak ikan,menyauk atau menternak sendiri anak ikan untuk tujuan pemakanan.
- Contoh-contoh pemakanan hidup ialah udang gantung, anak ikan lee koh, ikan seluang, anak ikan tilapia, ikan molly, ikan guppy dan banyak lagi.