Selamat Datang Ke MyK22Fish

Blog ini dibangunkan hanya bertujuan melapurkan hasil projek ikan ketutu dalam tangki fiber yang baru saya usahakan, untuk permulaan ini saya hanya mengunakan tangki fiber berukuran 2x5 dan jumlah anak ikan ketutu yang akan saya masukkan sebanyak 40 ekor. sekiranya dalam masa sebulan ini peratus kematian anak ikan ini rendah saya bercadang nak bina sebanyak 32 tangki lagi, yang setiap satunya berukuran 4x8 dan mampu mengisi 250 ekor ikan ketutu dalam satu masa.

Saya harap dengan adanya blog ini sekurang2nya saya dapat mencurahkan sedikit sebanyak maklumat kepada mereka yang ingin berjinak dalam penternakkan ikan ketutu ini.

myk22fish@gmail.com 017-5888550

PENGURUSAN MUTU AIR

Pengurusan mutu air / kualiti air merupakan satu aspek penting yang sangat perlu diberi perhatian oleh para penternak.Setiap penternak mestilah memahami setiap aspek kualiti air dan menguasai teknik-teknik cara menguji mutu parameter air.


Sumber air yang diperolehi hendaklah mempunyai kualiti air yang baik dan sesuai untuk ternakan ikan ketutu ( sistem tangki sintetik ).Kualiti air dinilai dari beberapa ciri-ciriv:-

• Ciri-ciri kimia
• Ciri-ciri fizikal

Penternak perlu memastikan air yang di dalam tangki ternakan berada pada paras yang sesuai mengikut kualiti yang ditetapkan supaya kesihatan ikan berada diparas yang maksimum.