Selamat Datang Ke MyK22Fish

Blog ini dibangunkan hanya bertujuan melapurkan hasil projek ikan ketutu dalam tangki fiber yang baru saya usahakan, untuk permulaan ini saya hanya mengunakan tangki fiber berukuran 2x5 dan jumlah anak ikan ketutu yang akan saya masukkan sebanyak 40 ekor. sekiranya dalam masa sebulan ini peratus kematian anak ikan ini rendah saya bercadang nak bina sebanyak 32 tangki lagi, yang setiap satunya berukuran 4x8 dan mampu mengisi 250 ekor ikan ketutu dalam satu masa.

Saya harap dengan adanya blog ini sekurang2nya saya dapat mencurahkan sedikit sebanyak maklumat kepada mereka yang ingin berjinak dalam penternakkan ikan ketutu ini.

myk22fish@gmail.com 017-5888550

Bebalik kepada tujuan utama saya buat blog ini, seperti yang saya warwarkan sebelum ini, setelah saya buat percubaan selama 2 bulan, ternak ikan ketutu dengan mengunakan tangki fiber, peratus kematian dalam 2 bulan ini ialah 0%. Oleh yang demikian saya telah mulakan projek saya secara besar-besaran. iaitu ternak ikan ketutu dalam tangki fiber yang berukuran 4x8 sebanyak 32 tangki.

gambar dibawah ialah penyediaan tempat untuk ternakkan ketutu saya. dari awal pembinaan