Blog ini dibangunkan hanya bertujuan melapurkan hasil projek ikan ketutu dalam tangki fiber yang baru saya usahakan, untuk permulaan ini saya hanya mengunakan tangki fiber berukuran 2x5 dan jumlah anak ikan ketutu yang akan saya masukkan sebanyak 40 ekor. sekiranya dalam masa sebulan ini peratus kematian anak ikan ini rendah saya bercadang nak bina sebanyak 32 tangki lagi, yang setiap satunya berukuran 4x8 dan mampu mengisi 250 ekor ikan ketutu dalam satu masa.
Saya harap dengan adanya blog ini sekurang2nya saya dapat mencurahkan sedikit sebanyak maklumat kepada mereka yang ingin berjinak dalam penternakkan ikan ketutu ini.
Untuk permulaan ini, tangki yang saya guna untuk ternak ikan ketutu ini adalah bersaiz 2x5. Sebelum tangki fiber ini boleh digunakan untuk penternakkan ikan ketutu ini, kita mesti siapkan sistem pembersihan air pada tangki ini setelah itu sistem tangki yang siap harus dibersihkan.
Anggaran kasar untuk siapkan tangki fiber serta sistem pembersihan air ialah RM800 (semua kerja2 pemasangan ini dilakukan sendiri, dan jumlah ini tidak termasuk anak ikan).
Pengurusan pemakanan merupakan salah satu elemen dan faktor utama dalam proses tumbesaran ikan ketutu. Pemakanan yang seimbang dengan amalan pengurusan pemakanan yang baik dapat memberikan pulangan yang maksimum kepada penternak.
Pengurusan pemakanan terbahagi kepada 2 bahagian:
Jenis-jenis pemakanan
Kaedah pemberian makanan.
JENIS-JENIS PEMAKANAN
Terdapat 2 jenis pemakanan yang sesuai untuk ikan ketutu.
Pemakanan sejuk beku
Pemakanan hidup
Makanan semualajadi.
Merupakan makanan asal asasi seperti plankton yang terdiri dari fitoplankton dan zooplankton.
Makanan ini penting bagi benih ikan di peringkat asuhan.
Dihasilkan melalui ternakan makanan hidup.
Antara makanan hidup yang mudah dihasilkan adalah seperti berikut :
Moina.
Rotifer
Cladocera.
Daphnia.
Chorella
Infusoria
pelbagai jenis cacing
Makanan Tambahan
Terdiri dari bahan-bahan dari alam semulajadi dan sisa pertanian seperti :
Daun tumbuhan seperti daun ubi, kangkong, rumput dan daun pisang.
Sisa sayuran.
Dedak padi,gandum dan barli.
Ikan baja
Hampas kacang soya
Hampas kacang tanah
Makanan rumusan.
Merupakan makanan yang lengkap dan seimbang.
Terdiri dari campuran karbohidrat, protein, lemak, mineral dan vitamin.
Sumber bahan adalah seperti berikut :
Sumber protein terdiri dari
-Fish meal
-Hampas kacang soya
-Hampas kacang tanah.
-Serbuk bulu ( dihasilkan dari bulu ayam )
Sumber karbohidrat.
-Dedak padi
-Dedak gandum
-Dedak barli
Sumber lipid
-minyak ikan
Makanan rumusan biasanya dalam bentuk basah & kering.
Makanan rumusan kering dipanggil palet.
Palet digemari oleh penternak kerana ia mudah didapati di pasaran dan senang disimpan.
Pelet tenggelam sesuai untuk udang galah dan ikan yang makan didasar seperti ikan temoleh.
Pelet timbul lebih digemari oleh penternak kerana mereka boleh beri sedikit demi sedikit sehingga ikan tidak mahu makan lagi.
Mudah mengaggarkan makanan yang diperlukan.
Dapat menggelakkan pembaziran makanan.
Makanan rumusan terdiri dari 3 kategori.
1. Pelet Starter.
-Merupakan makanan permulaan.
-Diberi kepada benih yang baru dilepaskan ke dalam kolam.
-Berumur 1-2 bulan.
-Mengandungi protein melebihi 32%.
-Bersaiz kecil – kurang dari 1mm.
2. Pelet grower
-Makanan untuk tumbesaran.
-Mengandungi protein melebihi 20%
-Lebih besar dari pelet starter.
-Ikan berumur 1- 2 bulan hingga 4-5 bulan.
3. Pelet finisher
-Makanan penamat.
-Mengandungi protein antara 18 – 20 %
-Saiznya lebih besar dari pelet grower.
-Diberi kepada ikan yang berumur 4 – 5 bulan sehingga mencapai saiz pasaran.
Kadar pemberian makanan.
Bermaksud jumlah makanan yang perlu diberi kepada ikan berdasarkan berat makanan dan umur ikan bagi setiap hari sepanjang tempoh ternakan.
Kadar pemberian makanan yang disyorkan adalah seperti berikut:-
Umur ikan ( Bulan )
% / berat badan ikan (%)
1
10
2
7
3
5
4
3
5
2
6
2
Kadar penukaran makanan ( Food Conversion rate )
Bermaksud keupayaan sesuatu jenis ikan menukar beberapa kilogram makanan kepada 1 kg berat badan. FCR - 1 : 3
Nisbah di atas bermaksud 3 kg makanan diperlukan untuk menghasilkan 1 kg ikan.
Menganggarkan jumlah makanan yang diperlukan oleh ikan ternakan bagi satu jangka masa ternakan.
Kerja-kerja pensampelan perlu dilakukan oleh ikan ternakan bagi satu jangka masa ternakan.
Kekerapan persampelan adalah 1x setiap 2 minggu.
Jika ternak selama 6 bulan ,pensampelan perlu dilakukan sebanyak 11 kali.
Tangkap ikan dengan jala secara rawak antara 50 – 100 ekor.
Timbang berat & panjang setiap ikan serta rekodkan.
Kirakan purata berat dan panjang ikan – rekodkan.
Anggarkan bilangan ikan yang masih terdapat dalam kolam.
Darabkan jumlah berat ikan dengan peratus makanan yang perlu diberi kpd ikan.
Contoh :
Berat purata ikan - 50 gram
Jumlah ikan - 5000 ekor
Kadar pemberian makanan - 10% di B.B
Jumlah berat ikan - 50 kg x 5,000 ekor = 500,000 gram @ 500.0 kg
Jumlah makanan yang diperlukan = 500 kg x 10% = 50 kg
Ini bermakna makanan yang perlu diberi kpd ikan di dlm kolam berkenaan ialah sebanyak 25.0 kg setiap hari selama 14 hari berikutnya.
Ulangi proses pensampelan ini sehingga ke 14 hari terakhir sebelum kutipan hasil dimulakan.
Pemakanan Sejuk Beku
Pemakanan sejuk beku diperolehi dari isi-isi ikan yang dipotong mengikut saiz yang sesuai.
Para penternak boleh mendapatkan pemakanan dari jenis ini dari pemborong-pemborong ikan,pasar-pasar besar dan sebagainya dengan kadar harga yang berpatutan.
Terdapat pelbagai jenis ikan yang sesuai untuk pemakanan sejuk beku antaranya ikan bilis basah,ikan selar kuning,ikan kembung dan sebagainya.
Isi-isi ikan ini mengandungi kadar protein yang tinggi dan sesuai untuk tumbesaran ikan ketutu.
Pemakanan hidup
Pemakanan hidup merupakan pemakanan yang sangat sesuai untuk penternakan ikan ketutu secara tangki sintetik.
Pemakanan dari jenis ini juga,merupakan makanan asasi bagi ikanketutu dan sesuai dengan sifatnya sebagai ikan pemangsa.
Penternak boleh mendapatkan bekalan ikan hidup dengan membeli dari pemborong anak ikan,menyauk atau menternak sendiri anak ikan untuk tujuan pemakanan.
Contoh-contoh pemakanan hidup ialah udang gantung, anak ikan lee koh, ikan seluang, anak ikan tilapia, ikan molly, ikan guppy dan banyak lagi.
Ikan ketutu bersifat pendiam,kurang bergerak,tidak aktif dan seperti mematikan diri.
Ikan ini aktif pada waktu malam atau pada keadaan yg gelap,samar-samar ataupun kurang cahaya. Pada keadaan ini,Ikan Ketutu lebih mudah untuk memperolehi makanan.
Suka mendiami dibawah kayu- kayu atau daun-daun didalam air
Ianya lebih sesuai pada kadar suhu yang lebih rendah berbanding dengan spesis ikanlain,contohnya ;
Spesis Ikan
Suhu (Darjah Celcius)
Tilapia
28 - 32
Ketutu
22 - 28
Lampan Jawa
28 - 32
Ikan ketutu biasanya berada pada bahagian dasar dimana kawasan yangdidudukinya,ianya mampu berada pada paras ke dalam kira-kira 10 meter dari permukaan air.
SIFAT MARFOLOG
Ikan ketutu mampu membesar sepanjang 65 cm dengan kadar berat badannya kira-kira 6-7 kilogram.
Badan ikan ini berwarna coklat tua kehitam-hitaman dan berbelak-belak,seperti ikan kerapu laut.Selain itu juga,keistimewaan ikan ini mampu bertukar warna kulitnya seperti warna kuning dan kelabu mengikut persekitaran yang didiaminya.
Isi ikan ini berwarna putih seperti ikan kod,berkeping-keping,lembut,tidak mempunyai banyak tulang dan mempunyai kadar protein yang tinggi.
Ikan ketutu ( Marble Goby Fish ) ini dikenali dengan pelbagai nama diantaranya Ikan Ubi,Ikan Hantu, Haruan Bodoh dan sebagainya.Bagi mereka yang berbangsa cina ikan ini dikenali dengan nama ‘ Soon Hook ’
Nama saintifiknya ialah ‘ OXYLEOTRIS MARMORATUS ’.
Ikan ini berasal dari Asia Tenggara di mana sesuai pada iklim khatulistiwa. Ianya banyak terdapat di negara seperti Malaysia,Thailand,Vietnam, Indonesia, Selatan, Filipina, Singapura dan sebagainya.
Ikan ini tergolong didalam spesis ikan pemangsa.
Ianya banyak terdapat di sungai-sungai,tasik.lombong,parit-parit dan sebagainya.
Blog ini dibangunkan hanya bertujuan melapurkan hasil projek ikan ketutu dalam tangki fiber yang baru saya usahakan, untuk permulaan ini saya hanya mengunakan tangki fiber berukuran 2x5 dan jumlah anak ikan ketutu yang akan saya masukkan sebanyak 40 ekor. sekiranya dalam masa sebulan ini peratus kematian anak ikan ini rendah saya bercadang nak bina sebanyak 32 tangki lagi, yang setiap satunya berukuran 4x8 dan mampu mengisi 250 ekor ikan ketutu dalam satu masa.
Saya harap dengan adanya blog ini sekurang2nya saya dapat mencurahkan sedikit sebanyak maklumat kepada mereka yang ingin berjinak dalam penternakkan ikan ketutu ini.