Selamat Datang Ke MyK22Fish

Blog ini dibangunkan hanya bertujuan melapurkan hasil projek ikan ketutu dalam tangki fiber yang baru saya usahakan, untuk permulaan ini saya hanya mengunakan tangki fiber berukuran 2x5 dan jumlah anak ikan ketutu yang akan saya masukkan sebanyak 40 ekor. sekiranya dalam masa sebulan ini peratus kematian anak ikan ini rendah saya bercadang nak bina sebanyak 32 tangki lagi, yang setiap satunya berukuran 4x8 dan mampu mengisi 250 ekor ikan ketutu dalam satu masa.

Saya harap dengan adanya blog ini sekurang2nya saya dapat mencurahkan sedikit sebanyak maklumat kepada mereka yang ingin berjinak dalam penternakkan ikan ketutu ini.

myk22fish@gmail.com 017-5888550

Tangki Fiber yang dah siap

Gambar 2 biji Tangki Fiber yang baru siap, untuk ternakkan ikan ketutu ..














































Tangki yang telah siap direndam.


Bebalik kepada tujuan utama saya buat blog ini, seperti yang saya warwarkan sebelum ini, setelah saya buat percubaan selama 2 bulan, ternak ikan ketutu dengan mengunakan tangki fiber, peratus kematian dalam 2 bulan ini ialah 0%. Oleh yang demikian saya telah mulakan projek saya secara besar-besaran. iaitu ternak ikan ketutu dalam tangki fiber yang berukuran 4x8 sebanyak 32 tangki.

gambar dibawah ialah penyediaan tempat untuk ternakkan ketutu saya. dari awal pembinaan














Ujian Kemasinan



  • Kadar kemasinan ialah satu eleman yang sangat penting dalam ciri2 air.
  • ia diperlukan untuk memastikan kesihatan ikan ketutu
  • dalam penternakkan ikan ketutu garam kasar amat sesuai
  • kadar kemasinan yang sesuai untuk ternakkan ikan ketutu ini ialah 0 - 6 ppt. kadar ini sesuai untuk petumbuhan dan penyah penyakit untuk iken ketutu.

Ujian Ammonia


Ujian Ammonia juga perlu kita ambil tahu. ini kerana ammonia yang tinggi juga membuatkan ikan ketutu akan mati.

Kadar ammonia yang sesuai untuk ikan Ketutu ini ialah 0PPM

Ujian PH



selain dari ujian CHLORINE, satu lagi ujian mutu air harus kita tahu, iaitu Ujian pH, dalam penternakkan ketutu ini ujian pH ini juga perlu untuk memastikan ikan ketutu yang diternak tidak mati.


Kadar pH

  • kandungan ion hydrogen (H+) menentukan skala pH.
  • Julat bacaan pH ialah dari 1-14
  • Kadar pH yang sesuai untuk ternakkan ikan ketutu ialah 6.5 - 7.5
  • Kadar pH 1 - 5 (rendah) mengandungi kadar asid yang tinggi
  • kadar pH 9 - 14 (tinggi) bersifat alkali
Slide 15
1.

UJIAN CHLORINE


Sekiranya anda memilih air paip sebagai punca air, Ujian ini hanya dilakukan. Ujian ini bertujuan untuk memastikan air yang kita guna itu bebas dari CHLORINE yang larui dalam air.

Air yang kita ambil untuk ujian ini mestilah air dari takungan tangki yang kita nak ternakkan ikan ketutu itu.


Masukkan beberapa titik CHLORINE tester bagi mendapatkan keputusan ujian ini.








sekiranya air yang ada masukan CHLORINE Tester tadi bertukar kuning. Ini menunjukkan air yang ada dalam tangki untuk ternakkan ketutu itu mengandungi CHLORINE.

sekiranya ini berlaku, apa yang anda perlukan hanyalah Anti CHLORINE untuk menyahkan CHLORINE yang terlaru dalam air itu.


Setelah masukkan Anti CHLORINE kedalam tangki anda, ulangi semula ujian CHLORINE tersebut sehingga airu yang anda uji itu jernih tanpa sebarang warna.